SALAM
4 Salam Yang Tidak Wajib Dijawab | Santapan Rohani
1. Salam yang diucapkan oleh Imam selepas selepas solat.salam yang diucapkan oleh imam selepas solat tidak wajib dijawab. Ini kerana solat yang diucapkan ituadalah sebagai tanda berakhir solat seseorang itu, tetapi jika dijawab salam itu tidaklah menjadisalah atau berdosa.
2. Salam yang diberikan oleh orang kafir .Pertikaian tentang salam yang diberikan orang kafir perlukah kita menjawab salam orang kafir ini. Adalah tidak perlu kita menjawab salam yang diucapkan oleh orang kafir tetapi jika kita hendak menjawab salam orang kafir ini tidaklah salah tetapi sekadar menghormati salam itu sendiri. Memang tidak dinafikan zaman sekarang orang kafir pun sudah bijak dan mahu memberikan salamkepada orang islam. Cara untuk menjawab salam orang kafir ini, anda boleh klik sini.
3. Salam yang diucapkan oleh seseorang apabila ia mendahulukan kata-katanya terlebih dahulu sebelum memberi salam.Salam yang diucapkan oleh orang diatas ini adalah golongan yang memberikan ucapan di majlis tertentu.
4. Salam yang diucapkan bertujuan untuk mempermain-mainkan salam.Kategori orang yang memberikan salam dengan bertujuan mempermain-mainkan salam ialahsalam yang diucapkan oleh golongan mahram kepada suatu golongan mahram yang lain. Contohnya salam yang diucapkan oleh lelaki kepada perempuan atauwanita yang ingin diusik atau ditegurnya. Maka dalam keadaan atau situasi ini wanita yang mendengar salam itu, tidaklah wajib menjawab salam lelaki tersebut. Ini kerana jika salam yang diberikan itu jika dijawab ditakuti akan menimbulkan fitnah. Tetapi jika ingin dijawab juga boleh dijawab di dalam hati sahajatanpa perlu didengari oleh lelaki tersebut.
Komentar
Posting Komentar